Proton baru sahaja melancarkan koleksi kereta konsep terbaru mereka pada Pameran Kenderaan Antarabangsa KL (KLIMS) 2010.
Konsep yang diberi gelaran Siri Pahlawan ini terdiri daripada 5 buah kenderaan iaitu Konsep Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Setiap kereta konsep ini berbeza antara satu sama lain.
Tuah, mewakili ciri-ciri seakan Persona R dimana konsep Tuah ini membawa bersama sedikit ciri-ciri pengganti Persona kelak.
Manakala Jebat pulak dibina sama seperti Inspira, tetapi dengan gaya yang lebih agresif.
Lekir pulak merupakan sebuah jelmaan dari Lotus Europa.
Bagi konsep Lekiu, ianya sebuah konsep SUV yang dibina dari model Exora.
Terakhir sekali Kasturi, sebuah kereta yang dicipta dari Saga edisi 2011.
Tunggu review saya mengenai kelima-lima model ini dalam post yang lain..
No comments:
Post a Comment