Sebuah model menarik dari rangkaian Proton Pahlawan, Jebat, dibina mirip Lancer/Inspira.. Namun memiliki rupa agresif yang membuatkan Jebat mirip kepada Mitsubishi Evo X.
Wajah hadapan nampak garang, ditambah dengan rekaan mirip muffler dibelakang..Bagi mereka yang berjiwa muda, ciri-ciri sporty kenderaan ini pasti menampat hati mereka.. Dilengkapi dengan tempat duduk Recaro dan skrin kecil di bahagian dalam , ia menambah lagi ciri-ciri sporty kenderaan ini..
Selain itu, tona warna hitam digunakan di bahagian bumper depan dan belakang, bumbung dan sedikit dibahagian sisi kenderaan.Malah, spoiler besar mirip Evo juga turut dipasang..
Tiada lagi maklumat berkaitan enjin dan 'drivetrain' yang akan diberikan, model ini sekadar konsep dan masih belum disahkan lagi pengeluarannya..
No comments:
Post a Comment