Lotus Europa?? Bukan.. Ini adalah Konsep Lekir yang dijelmakan dalam bentuk Lotus Europa. Kenapa Europa? Menurut sumber dari internet, Europa sebenarnya berasal dari Projek Proton Sportscar (ada juga yang merujuk kepada Projek Sepang/ Proton Sports).
Namun atas sebab tertentu, proton memberi model ini kepada Lotus. Kini, selepas Europa diganti dengan Evora, Europa 'kembali' kepada proton dalam bentuk Lekir.. Pandangan saya, Proton tidak sepatutnya memberikan Projek ini kepada Lotus. Pun begitu, di Lotus kereta ini sekurang-kurangnya memiliki status..
Kini, kembali kepada Proton, saya berharap Proton mampu menjadikannya sebuah kereta sport yang mampu dimiliki. Ura-ura menyatakan bahawa mungkin kereta ini akan dikuasakan dengan Enjin Campro Turbo, namun memandangkan ini sekadar Konsep, masih belum ada tanda2 Lekir akan berada dijalan raya..
Kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya dari Proton.
No comments:
Post a Comment