Nuffnang 1

Friday, December 24, 2010

Kia Forte - Kereta Peronda PDRM yang baru?



Ini adalah gambar yang diambil dari internet.. Mengikut ura2 yang disebarkan di internet, dipercayai, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang dalam perancangan untuk menukarkan Kereta Peronda Proton Waja kepada kereta baru dan mungkin Kia Forte menjadi pilihan. Sebelum Ini, PDRM telah membeli Mitsubishi Lancer Evolution X sebagai Kereta Peronda Lebuhraya serta untuk kegunaan mengiringi orang kenamaan serta "High-speed Pursuit".

Rata2 Proton Waja yang digunakan sekarang sudah berusia 10 tahun dan mungkin ada yang masih baru namun, wajarlah PDRM mula menukarkan kereta baru serta design yang lebih fresh lagi.

Bagi Kia Forte kali ini, design yang dijelmakan sememangnya lebih aggresif serta fresh. Sekali pandang ada ala2 Kereta Polis di dalam Game Need For Speed High Pursuit, Barricade dari cerita Transformers serta Polis Luar negara.
Apa2 pun, terserah kepada anda untuk memberi komen.


Kereta Kia Forte dalam warna Putih.

Lagi Gambar2..

Thursday, December 2, 2010

Proton Kasturi

Tiada apa yang berbeza antara Kasturi dan Saga 2011.. Hanya beberapa perubahan kecil saya kira. Mungkin dari segi kosmetik luaran sahaja.
Buat masa ini, saya masih belum menjumpai apa-apa maklumat tambahan mengenai Proton Kasturi.. Mungkin saya akan update apabila mendapat maklumat kelak..

Proton Lekiu

Bagi model Lekiu ini, agak menarik apabila Proton menjelmakannya dalam bentuk SUV. Mengguna pakai rekaan Exora, bahagian belakang Exora direndahkan dan dipendekkan sedikit, dan kenderaan ini ditinggikan sedikit sesuai dengan kelasnya sebagai SUV.
 Namun, berdasarkan info yang diperoleh, SUV Lekiu ini bukan untuk jualan dalam Malaysia, sebaliknya dibina khas atas permintaan pengeluar dari China iaitu Youngman.
 Sayang jika kenderaan ini tidak dikeluarkan di Malaysia kerana permintaan untuk SUV tidak lah kurang.. Selain itu, tertanya-tanya juga, enjin apakah yang akan menguasai kereta ini.? Adakah masih Campro CPS 1.6 atau Campro Turbo? atau adakah ada enjin Campro Diesel?

Proton Lekir

Lotus Europa?? Bukan.. Ini adalah Konsep Lekir yang dijelmakan dalam bentuk Lotus Europa. Kenapa Europa? Menurut sumber dari internet, Europa sebenarnya berasal dari Projek Proton Sportscar (ada juga yang merujuk kepada Projek Sepang/ Proton Sports).

Namun atas sebab tertentu, proton memberi model ini kepada Lotus. Kini, selepas Europa diganti dengan Evora, Europa 'kembali' kepada proton dalam bentuk Lekir.. Pandangan saya, Proton tidak sepatutnya memberikan Projek ini kepada Lotus. Pun begitu, di Lotus kereta ini sekurang-kurangnya memiliki status..

Kini, kembali kepada Proton, saya berharap Proton mampu menjadikannya sebuah kereta sport yang mampu dimiliki. Ura-ura menyatakan bahawa mungkin kereta ini akan dikuasakan dengan Enjin Campro Turbo, namun memandangkan ini sekadar Konsep, masih belum ada tanda2 Lekir akan berada dijalan raya..


Kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya dari Proton.

Proton Jebat

Sebuah model menarik dari rangkaian Proton Pahlawan, Jebat, dibina mirip Lancer/Inspira.. Namun memiliki rupa agresif yang membuatkan Jebat mirip kepada Mitsubishi Evo X.

Wajah hadapan nampak garang, ditambah dengan rekaan mirip muffler dibelakang..Bagi mereka yang berjiwa muda, ciri-ciri sporty kenderaan ini pasti menampat hati mereka.. Dilengkapi dengan tempat duduk Recaro dan skrin kecil di bahagian dalam , ia menambah lagi ciri-ciri sporty kenderaan ini..


Selain itu, tona warna hitam digunakan di bahagian bumper depan dan belakang, bumbung dan sedikit dibahagian sisi kenderaan.Malah, spoiler besar mirip Evo juga turut dipasang..

Tiada lagi maklumat berkaitan enjin dan 'drivetrain' yang akan diberikan, model ini sekadar konsep dan masih belum disahkan lagi pengeluarannya..

Proton Tuah

Proton Tuah. Sebuah Model Konsep terbaru dari Proton. Rekaan nya mirip seakan Kia Forte atau Honda City dari hadapan.

Bercerita mengenai model ini, Konsep Tuah ini sebenarnya rekaan atau bayangan awal bagi model pengganti Persona yang akan dilancarkan pada 2012 kelak.






Rekaan nampak agak biasa, namun memiliki beberapa ciri-ciri menarik saya kira. Antaranya "daylight" yg yang disusun disekitar lampu utama dan kawasan foglamp. Ciri-ciri ini seakan model-model dari eropah terutama Audi dan BMW (skadar menyebut beberapa nama).

Selain itu, lampu belakang seakan bersambung turut menjadi ciri menarik kenderaan ini.

Tiada spesifikasi enjin dinyatakan, namun berkemunkinan Tuah akan masih menggunakan Campro 1.6 atau Campro Turbo.


2011 sudah semakin menghampiri, dan kita hanya perlu menunggu beberapa bulan sahaja lagi untuk mengetahui lebih mengenai kereta ini.

Proton Pahlawan

Proton baru sahaja melancarkan koleksi kereta konsep terbaru mereka pada Pameran Kenderaan Antarabangsa KL (KLIMS) 2010.

Konsep yang diberi gelaran Siri Pahlawan ini terdiri daripada 5 buah kenderaan iaitu Konsep Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Setiap kereta konsep ini berbeza antara satu sama lain.





Tuah, mewakili ciri-ciri seakan Persona R dimana konsep Tuah ini membawa bersama sedikit ciri-ciri pengganti Persona kelak.


Manakala Jebat pulak dibina sama seperti Inspira, tetapi dengan gaya yang lebih agresif.


Lekir pulak merupakan sebuah jelmaan dari Lotus Europa.


Bagi konsep Lekiu, ianya sebuah konsep SUV yang dibina dari model Exora.










Terakhir sekali Kasturi, sebuah kereta yang dicipta dari Saga edisi 2011.


Tunggu review saya mengenai kelima-lima model ini dalam post yang lain..